Assalammualaikum.....hari ini terlebih rajin nak menempuh jem ke kinrara sebab teringin nak makan sup meletop yang popular kat kinrara ni. Lambat datang kena berdiri tunggu meja. Itu yang malas....jd tepat waktu rehat kena terus kluar. Ingatkan 3 - 4 orang aje yang pergi tapi sampai 4 meja kitaorang sapu. Nak tau kesedapannya kena datang sini. Cuba sekali pasti nak lagi. Siap ada yang tambah kuah, tambah sambal dan macam-macam lagi.
" Cara kita melihat akan mengubah sesuatu perkara itu. Beranikan diri melihat kelebihan dan kebaikan orang lain serta bijaksana dalam menangani kelemahan dan kesilapan diri sendiri " kata-kata dari Dr Muhaya Hj Mohamad
Wednesday, 8 October 2014
Tuesday, 7 October 2014
Buah jentik-jentik
Hari itu kawan ada tanya buah apa ni.....tapi sebab x pernah jumpa dan x pernah tengok habis semua jenis buah di sebut.....rupa-rupa namanya buah jentik ataupun rambai tikus. Disebabkan permintaan kitaorang yang x pernah makan walaupun nama aje orang utara akhirnya hari ini kawan itupun bawa la ke opis ni. Secara kebetulan dia balik kampung ada musim. Cara nak makannya jentik buah tu kulitnya akan pecah tinggal isinya. Warna isinya oren....rasanya seakan buah rambai dan masam-manis.
Sunday, 5 October 2014
Nasi Maqlubah
Selamat hari raya aidil adha....hari ini pergi beraya di rumah kakak ipar di Cheras. Tempat yang selalu pergi kalau keboringan. Menu utamanya tiap kali pergi adalah nasi terbalik. Ingatkan apa yang terbalik rupanya nasi yang dalam periuk di terbalikkan. Baru hari ini juga tahu nasi itu ialah nasi maqlubah. Teringin jugak nak belajar buat tapi rempahnya beli dari anaknya yang belajar di Mesir. Alamak macam mana nak belajar buat ni.....ermmm Ini rupanya nasi yang telah di masak. Sebab rempah tu takde tak boleh nak bagi resepi. Satu hari akan diberi resepinya.
Wednesday, 1 October 2014
Harga minyak naik
"Naik lagiiii" ......itu keluhan yang selalu orang perkatakan apabila harga minyak naik. Kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan gaji kurang dari RM100 setiap tahun apa yang patut kita lakukan. Mencari part time job ke atau mencuri, merompak dan sebagainya. Hidup tetap perlu diteruskan. Dulu boleh bawa anak pergi jalan-jalan sekarang hanya duduk di rumah. Sebab banyak benda-benda lain yang akan naik sama. Ibubapa sebelah malam mesti rasa macam tidak lena hendak tidur memikirkan bila nak hujung bulan semula.
Naikkan harga minyak akan bagi duit BRIM lebih. Tapi bagi pada yang layak sahaja sedangkan gagi RM5000 pun tak cukup sekarang. Apa rasionalnya bagi duit BRIM tu sedangkan kalau tak payah bagi BRIM turunkan harga minyak semua barang akan turun. Sudah tentu semua rakyat mampu tersenyum sebab banyak duit lebihan. Tapi apa nak dikatakan sebagai rakyat malaysia...FOLLOW AJE.....