Wednesday, 31 December 2014

Grand Kampar Hotel

Mlm tahun baru untuk sambut tahun 2015...mak minta blk kpg....balik la jgk walaupun semua anak2 demam....sbb dah janji...terus pergi ke hotel grand kampar untuk mkn mlm bersama dgn mak ngan abah...sampai kampar lebih kurang pukul 9.30 mlm....mak ngan abah dah siap tunggu di meja...kami sekeluarga terus order......air Black smith....Kampar dream.... yang nampak macam pelik...yang lain biasa saje...rasanya ok jugak...harganya pun berpatutan...tak mahal sgt...

Tuesday, 30 December 2014

Restoran usj murni

Hujung bulan selalunya uruskan semua urusan perbankkan. Hari ini pergi bayar di subang taipan. Lepas selesai semua urusan bawa anak pergi makan.....di restoran usj murni...macam best aje...apa lagi singgahla....orangnya masyaallah...ramai... menunya sungguh menarik...namanya xde kat tempat lain.....

Sunday, 28 December 2014

Burger hitam

Semalam balik dari cheras lepas jumpa kakak ipar terus balik rumah sebab anak yang dua ekor tak bagi makan lagi, Kesian...tinggal dari pagi sampai malam...takut makanannya tak cukup. Sampai aje terus melompat dua ekor tu...ngikut kaki. Terus en somi uruskan anak2 tu dulu. Sementara tu suruh anak2 pergi mandi dulu.

Sementara tunggu anak2 mandi anak yang kecik dah bising...cepatla pergi makan nanti kedai makan tu tutup. Apa lagi en somi kerahkan anaknya mandi cepat. Bila dah keluar tak tau nak makan apa....last2 en somi suggest makan burger hitam. Apa lagi anak2 ok aje. Pergi la makan burger hitam dekat burger factory di oasis square ara damansara.

Monday, 17 November 2014

Air terjun Bukit Jana

Hari ini 17hb Nov  2014...anak-anak, bangun saja pagi ni dah bising- bising  nak mandi sungai.....risau juga nak bawa mandi almaklum la cuacu sekarang yang tidak berapa elok....tengok atas bukit tu nampak terang...ok kot .....bawa mereka pergi mandi dekat rumah orang aje....kan main seronok lagi sekecik tu mandi...air pun cantik...sampai berlaga-laga gigi sebab sejuk...ajak naik tak nak....mandila sampai puas.

Dah puas mandi baru naik....sibuk ajak datang lagi esok. Kita dah nak balik dah adik ooiii... iyekan aje apa katanya. Kalau tak ayat itu aje yang di ulangnya.

Wednesday, 8 October 2014

Sup meletop

Assalammualaikum.....hari ini terlebih rajin nak menempuh jem ke kinrara sebab teringin nak makan sup meletop yang popular kat kinrara ni. Lambat datang kena berdiri tunggu meja. Itu yang malas....jd tepat waktu rehat kena terus kluar. Ingatkan 3 - 4 orang aje yang pergi tapi sampai 4 meja kitaorang sapu. Nak tau kesedapannya kena datang sini.  Cuba sekali pasti nak lagi. Siap ada yang tambah kuah, tambah sambal dan macam-macam lagi.

Tuesday, 7 October 2014

Buah jentik-jentik

Hari itu kawan ada tanya buah apa ni.....tapi sebab x pernah jumpa dan x pernah tengok habis semua jenis buah di sebut.....rupa-rupa namanya buah jentik ataupun rambai tikus. Disebabkan permintaan kitaorang yang x pernah makan walaupun nama aje orang utara akhirnya hari ini kawan itupun bawa la ke opis ni. Secara kebetulan dia balik kampung ada musim. Cara nak makannya jentik buah tu kulitnya akan pecah tinggal isinya. Warna isinya oren....rasanya seakan buah rambai dan masam-manis.

Sunday, 5 October 2014

Nasi Maqlubah

Selamat hari raya aidil adha....hari ini pergi beraya di rumah kakak ipar di Cheras. Tempat yang selalu pergi kalau keboringan. Menu utamanya tiap kali pergi adalah nasi terbalik. Ingatkan apa yang terbalik rupanya nasi yang dalam periuk di terbalikkan. Baru hari ini juga tahu nasi itu ialah nasi maqlubah. Teringin jugak nak belajar buat tapi rempahnya beli dari anaknya yang belajar di Mesir. Alamak macam mana nak belajar buat ni.....ermmm Ini rupanya nasi yang telah di masak. Sebab rempah tu takde tak boleh nak bagi resepi. Satu hari akan diberi resepinya.


Wednesday, 1 October 2014

Harga minyak naik

"Naik lagiiii" ......itu keluhan yang selalu orang perkatakan apabila harga minyak naik. Kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan gaji kurang dari RM100 setiap tahun apa yang patut kita lakukan. Mencari part time job ke atau mencuri, merompak dan sebagainya. Hidup tetap perlu diteruskan. Dulu boleh bawa anak pergi jalan-jalan sekarang hanya duduk di rumah. Sebab banyak benda-benda lain yang akan naik sama. Ibubapa sebelah malam mesti rasa macam tidak lena hendak tidur memikirkan bila nak hujung bulan semula.

Naikkan harga minyak akan bagi duit BRIM lebih. Tapi bagi pada yang layak sahaja sedangkan gagi RM5000 pun tak cukup sekarang. Apa rasionalnya bagi duit BRIM tu sedangkan kalau tak payah bagi BRIM turunkan harga minyak semua barang akan turun. Sudah tentu semua rakyat mampu tersenyum sebab banyak duit lebihan. Tapi apa nak dikatakan sebagai rakyat malaysia...FOLLOW AJE.....

Tuesday, 30 September 2014

Jalan-jalan cari makan

Hari ni nak pergi jumpa anak saudara...tapi sebelum tu pergi makan dulu bawa sekecik shahmi pergi makan dulu kat kedai taman sri muda. Tengok kedai ramai orang. Si kecik ni makan memilih...amat susah nak makan nasi...tapi...uhmmm terkejut ibu dik sebab hampir nak habis nasi sepinggan

Balik dari makan bawa si kecik main playground dekat kfc bukit kemuning pulak....

Monday, 29 September 2014

Suke2

Pada asalnya blog ini hanya untuk saja suke2 aje....tapi rasanya perlu lakukan sesuatu....